Sunday 5 August 2012

PENGENALAN SISTEM MERIT DIMERIT HOMEROOM



Pada tahun 2010 satu komiti baru telah dibentuk bagi melaksanakan aktiviti homeroom di MRSM Transkrian yang disusun dan dipantau sepenuhnya oleh Pengetua yang antara lainnya bertujuan mengaktifkan lagi serta memaksimumkan peranan homeroom selaras dengan visi dan misi MRSM. Justeru, komiti yang telah dibentuk telah membuat satu soal selidik kepada pelajar mengenai pelaksanakan homeroom di MRSM Transkrian. Hasil dari soal selidik tersebut pihak komiti telah menggariskan tiga cabaran utama yang perlu dihadapi bagi mengaktifkan lagi sistem homeroom iaitu a) menjadikan homeroom sebagai agen perkembangan sahsiah, akademik, kokurikulum dan sosial pelajar, b) menarik minat pelajar untuk bergiat aktif dalam semua lapangan aktiviti homeroom yang telah disediakan oleh pihak maktab, c) menggerakkan Guru Homeroom agar lebih bertanggungjawab serta bersemangat untuk memberi komitmen kepada homeroom. SMD Homeroom MRSM Transkrian adalah satu sistem yang telah direka bagi membantu pihak maktab mengaktifkan sistem homeroom. 

    SMD merupakan pertandingan antara homeroom yang melibatkan prosedur pengumpulan markah merit dari pelbagai sumber seperti pencapaian akademik, kokurikulum, aktiviti homeroom dan sebagainya. Dalam usaha setiap homeroom mengumpul markah merit, mereka juga perlu berwaspada dengan displin mereka agar tidak dikenakan demerit oleh Lembaga Disiplin Pelajar atau guru-guru. Objektif pelaksanaan sistem ini diterjemahkan melalui kerangka konsep di bawah :







 
Proses pelaksanaan SMD diterangkan melalui carta dibawah :


Proses Pelaksanaan SMD


No comments:

Post a Comment